Assalammualaikum warahmatullah wabarakatuh bersyukur ke hadrat
illahi dengan limpah kurnian nya kepada geng seperjuangan saya. Dengan izin
Allah saya harap anda semua dalam keadaan sihat walfiat. Hari ini saya hendak
menceritakan pengalaman bersama geng seperjuangan
saya dari Putrajaya pada hari ahad yang
lalu bersamaan 27 November 2016.
Geng dari Putrajaya ini adalah seramai 8
orang yang diketuai oleh Haziq dan dibantu oleh Hamzah,Kucai,Arif,Nas ,Kamarul, Man.
Geng dari Putrajaya
Disamping itu,mereka memperolehi hasil
tangkapan tiga jenis ikan iaitu seekor ikan Talang,dua ekor ikan Tenggiri dan
seekor ikan Pecah Periuk.Yang mendapat
Ikan Talang iaitu Arif juga memperolehi seekor ikan Tenggiri bersama
dengan Kamarul dengan menggunakan teknik jigging .
Antara hasil tangkapan ikan yang didapati
Disini juga saya sertakan satu video saya dan geng seperjuangan saya yang bersusah
payah untuk double strike ikan Tenggiri dan ikan Talang yang ditangkap oleh
Arif. Jika anda berminat untuk strike
bersama saya boleh lah sertai saya untuk mendapatkan pengalaman memancing yang menarik.
Ikan Talang
Ikan Tenggiri