Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada semua rakan seperjuangan. Hari ini saya nak update
sikit tentang bot saya yang sekarang sedang berada dalam proses
penambahbaikkan. Bot ini baru sahaja saya beli dan memang memerlukan banyak perubahan.
Bot ini telah saya hantar ke bengkel Rentas Marine.
Bengkel Rentas
Marine memang merupakan salah satu bengkel yang popular dalam kalangan pemilik
bot. Hasil kerja daripada Rentas Marine memang amat memuaskan. Feedback
daripada rakan-rakan yang pernah menghantar bot di bengkel ini memang sangat
baik kerana mereka sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan. Oleh itu,
kepada sesiapa yang ingin membuat sebarang perubahan terhadap bot anda memang
saya sangat rekomenkan kepada anda semua untuk menghantarnya kepada Rentas
Marine. Kerja yang dilaksanakan memang tip top dan saya jamin anda pasti akan
berpuas hati. Lokasi bengkel ini adalah
di Sungai Udang, Melaka.
Okay,
berbalik kepada bot yang sedang dalam proses pembikinan, di sini saya sertakan
gambar bot yang asal. Gambar bot ini merupakan gambaran bot yang asal semasa
saya mula-mula membeli bot ini. Biasa la bot pun bot lama sudah tentu sudah
banyak cat-cat yang tertanggal.
Setelah membuat
perbincangan dengan wakil Rentas Marine, proses penambahnaikkan bot pun
bermula. Proses ini melibatkan perubahan di bahagian dalam dan luar bot. Perubahan
di bahagian luar bot melibatkan perubahan dari segi warna cat dan design. Harap-harap
segala perbincangan yang telah dilaksanakan dapat memberikan hasil yang seperti
diharapkan. Saya sebenarnya sudah tidak sabar untuk melihat hasil akhir bot
saya dan saya berharap sangat semuanya berjalan dengan lancar. Di sini saya
sertakan juga gambar bot saya yang sedang dalam proses pembikinan.