slider

Khamis, 10 November 2016

"Pimp My Boat" Finally Done!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan seperjuangan. Saya harap anda semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat belaka. Hari ini saya nak update lagi mengenai bot saya yang pernah saya ceritakan sebelum ini.

Saya yakin daripada tajuk saya pun anda semua sudah tahu apa yang ingin saya kongsikan. Bot yang telah saya hantar ke bengkel Rentas Marine selama beberapa minggu telah pun siap sepenuhnya. Akhirnya siap juga bot saya. Alhamdulillah lebih kurang dalam 1 bulan masa yang diambil dan semuanya berjalan dengan lancar.

Bot yang Telah Siap
Sebelum bot ini dibawa turun ke laut, macam biasalah mesti terdapat proses atau sentuhan terakhir yang perlu dilakukan. Antaranya, ialah mencuci bot, memasang sticker dan lain-lain. Saya bersyukur sangat kerana hasil akhir bot ini memang menepati segala yang telah kami bincangkan sebelum ini. Saya amat berterima kasih kepada tenaga kerja bengkel Rentas Marine yang telah bertungkus-lumus dalam menyiapkan bot ini. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.

Proses Pembersihan Bot
Proses Pemasangan Sticker
Proses Pembersihan di Bahagian Enjin

Kembali Ke Atas